“Mohon doakan keselamatan ayahanda yang tersayang, Wan Khairil Anuar, bersama dengan mereka yang berada dalam helikopter yang masih kehilangan di Sarawak.
“Keselamatan mereka di dunia dan akhirat. Allah Maha Mengetahui, Lagi Maha Bijaksana,” katanya di laman sosial Facebook beliau.
Sebuah helikopter yang dinaiki oleh Khairil dan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon hilang dari radar sejak jam 5 petang tadi.
Turut berada dalam helikopter tersebut, suami kepada Noriah, Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai.
Helikopter yang dipandu oleh Kapten Rudolf Rex Ragas itu dipercayai berlepas daripada SMK Spoah, Betong itu sepatutnya tiba di Kuching pada jam 5 petang Khamis.
Susulan daripada itu operasi mencari dan menyelamat diketuai Polis Diraja Malaysia dikerahkan dengan tumpuan lokasi dari Sri Aman, Simunjan hingga ke lokasi asalnya di Betong.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata pelbagai agensi akan bekerjasama dalam gerakan itu, termasuk Jabatan Penerbangan Awam (DCA), tentera dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.