Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata campur tangan asing perlu ditolak kerana Malaysia sebagai sebagai negara berdaulat harus mencorak sendiri masa hadapannya.
“Jika benar hartawan George Soros membiyai perhimpunan BERSIH 5, ia tidak patut…sebagai negara merdeka, kita tidak boleh dijadikan buat catur oleh kuasa asing.
“Jika pendirian dakwaan ini betul, pendirian PAS selama ini untuk tidak menyertai BERSIH adalah tepat,” katanya di Kota Bharu semalam.
Mohd Amar berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas pendedahan DC Leaks yang mendakwa beberapa organisasi di negara ini termasuk BERSIH dibiayai Yayasan Masyarakat Terbuk (OSF) milik Soros.
Sementara itu di Kuala Lumpur, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Pemuda UMNO semalam menyerahkan 24 dokumen sulit yang didakwa penyalaruan dana asing untuk membiyai gerakan menggulingkan kerajaan.
Presidennya, Datuk Azwandin Hamzah, berkata pihaknya mempunyai bukan dan sudah menyerahkan 24 helai dokumen sulit itu kepada pihak polis.
Dokumen itu berhubung pembabitkan individu yang menyelaras dana daripada hartawan itu.
“Individu ini terbabit secara langsung bersama Soros untuk menggulingkan kerajaan Malaysia melalui BERSIH yang mempunyai niat jahat terhadap Perdana Menteri.
“JMM memandang serius perkara ini dan ia perlu disekat segera kerana boleh mendatangkan ancaman kepada negara,” katanya.
Beliau dtemui pemberita selepas membuat laporan dan menyerahkan bukti berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.