Ketua Eksekutif Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn. Bhd. (KESAS), Imran Gulcharan Abdullah berkata, tawaran bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59 itu bermula pukul 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam pada tarikh berkenaan.
“Pengguna kenderaan kelas satu akan menikmati pengurangan kadar sebanyak 20 sen dengan transaksi pembayaran elektronik di LSA,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut Imran, dianggarkan hampir 265,000 pengguna LSA akan menikmati manfaat dengan sejumlah RM53,000 subsidi tol yang ditawarkan pada sambutan kemerdekaan kali ini.
Katanya, sejak dilaksanakan dari tahun 2010 hingga tahun lalu, KESAS telah membelanjakan sejumlah RM1.5 juta susbsidi tol untuk dinikmati oleh pengguna LSA setiap kali musim perayaan utama di Malaysia.
“Penerimaan baik dan sokongan pengguna LSA dengan pelaksanaan kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya sejak dilaksanakan pada 2 Mac lalu banyak membantu kelancaran transaksi pembayaran dan menjimatkan masa.
“Sehubungan itu diskaun yang diberikan adalah tanda penghargaan KESAS dan ucapan terima kasih kepada pengguna LSA,” katanya. – Bernama