Disangka penagih dadah, anggota polis ditahan cederakan guru

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, anggota terbabit telah menyebabkan kecederaan kepada guru berkenaan sehingga patah tangan.

“Permohonan reman akan dibuat esok (hari ini) di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu.

“Siasatan akan dilengkapkan segera dan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menjalankan siasatan dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan.

Dalam kejadian Selasa minggu lalu, mangsa baharu selesai mengajar kelas tambahan bagi murid-murid tahun enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Kira-kira jam 7.15 malam, guru berkenaan telah ditahan dua anggota polis berpakaian preman kerana mengesyaki mangsa adalah penagih dadah dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Kejadian guru malang berkenaan menjadi viral dalam laman sosial apabila orang ramai turut merakam kejadian itu menerusi video pendek berdurasi 20 saat.

Related Articles