Dirogol bapa depan ibu sendiri

Suspek berusia 40 tahun yang merupakan penganggur dan penagih dadah itu disyaki merogol anak perempuannya yang berusia 17 tahun ketika mangsa sedang tidur dalam bilik.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, ekoran tidak tahan dengan perbuatan durjana bapanya sejak Julai tahun lalu, remaja berkenaan nekad membuat laporan polis pada Khamis.

“Berdasarkan laporan, mangsa yang merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan dirogol setiap bulan oleh bapa kandungnya itu.

“Bertindak atas laporan, polis berjaya menahan suspek di rumahnya pada pukul 10.30 pagi semalam,” katanya memetik Kosmo!.

 

Related Articles