16
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Paizal Japar, 27, selepas dia mengaku bersalah mencuri rokok elektronik bernilai RM380 milik rakannya Abdul Samad Abdul Kadir, 18.
Mahkamah mengarahkan Mohd Paizal menjalani hukuman berkenaan dari tarikh jatuh hukum.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kedai sebaneka di sebelah Western Union, Pasar Seni, Jalan Kasturi di sini pada 10.55 pagi, 10 Sept lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, Mohd Paizal yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana ketika kejadian, dia dalam keadaan mabuk. – Bernama