Dikasari Teman Lelaki, Wanita Enggan Ambil Tindakan

by Anis

KUALA LUMPUR: Wanita yang dikasari oleh teman lelakinya hingga mengheret ke kolam renang di Kondominiium Dlatour Jalan Taylor, Bandar Sunway dilaporkan enggan meneruskan kes serta tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap kekasihnya.

Malah, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederan, tidak mahu mendapatkan rawatan.Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis mengesan kejadian itu menerusi laman X.

Ia memaparkan pergaduhan di antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang berlaku pada jam 3 petang, 15 Februari lalu.

Mangsa dan suspek adalah pasangan kekasih bukan warganegara.Menerusi video yang tular itu menyaksikan lelaki berkenaan bertengkar dengan wanita tersebut, sebelum menarik rambut lalu mengheret mangsa ke dalam kolam.

Wan Azlan berkata, polis memandang serius berkenaan kejadian jenayah yang berlaku dan menasihati orang ramai menyalurkan maklumat kejadian jenayah yang berlaku melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya).

Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan. – MalaysiaGazette

Related Articles