Debat Rahman Dahlan, Guan Eng dapat bantu siasatan SPRM

by SM Amin

Beliau yakin debat itu tidak akan menjejaskan siasatan berterusan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain yakin maklumat yang bakal didedahkan dalam debat itu boleh membantu siasatan SPRM.

Oleh itu beliau berharap Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dapat mempertimbangkan perkara ini dan tidak membatalkannya.

“Saya dimaklumkan JKMR)l sudah meminta debat itu dibatalkan. Bagaimanapun, debat itu penting untuk mencari kebenaran berhubung isu Taman Manggis dan banglo (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng).

“Saya berharap JKMR akan mempertimbangkan (debat itu diteruskan),” katanya di laman sosial Twitternya semalam.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu merujuk cadangan Pengerusi JKMR, Tan Sri Abu Zahar Ujang semalam supaya debat itu dibatalkan, kerana bimbang ia akan menjejaskan siasatan SPRM.

Sebaliknya, Abu Zahar menggesa mereka yang mempunyai bukti berhubung isu tanah Taman Manggis atau banglo Guan Eng supaya menyerahkan maklumat itu kepada SPRM, bukannya mengadakan debat secara terbuka.

Debat itu menarik perhatian ramai apabilan RTM dan TV3 menyuarakan kesediaan mereka untuk menyiarkan debat itu.

Sebelum ini, Abdul Rahman mencabar Guan Eng berdebat mengenai isu tanah Taman Manggis yang didakwanya sudah ditukar milik dan bukan lagi milik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC), kerana telah dijual kepada pihak ketiga.

Related Articles