DBP Lancar Siasatan Dakwaan ‘Follow’ Akaun Lucah Di X

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjalankan siasatan selepas akaunnya di platform X didapati mengikuti halaman yang berkongsi kandungan lucah.

Ketika dihubungi FMT, jurucakap DBP berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu.

Beliau berkata, akaun DBP di platform itu juga sudah nyahikut halaman yang dipersoalkan tersebut.

Isu itu timbul pagi ini susulan pengguna X, @BN4everTN50, berkata DBP mengikuti akaun yang berkongsi hantaran lucah di platform tersebut.

Related Articles