DBKL tawar kadar khas kompaun trafik

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, dalam tempoh itu, pesalah trafik yang mempunyai tunggakan kompaun hanya perlu membayar RM20 bagi motosikal.

Beliau berkata, bagi kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV), van, lori kecil, pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) pesalah hanya perlu membayar RM30 manakala RM100 bagi kenderaan berat.

“Sepanjang tahun lepas, 1.2 juta kompaun tertunggak bernilai RM1.4 juta melibatkan kesalahan trafik dicatatkan dan DBKL berharap agar melalui kadar khas ini warga kota boleh mengambil peluang melunaskan hutang masing-masing,” katanya kepada pemberita di ibu kota pada Selasa.

Mhd. Amin Nordin berkata, melalui kempen itu juga, warga kota boleh membayar cukai taksiran, sewa perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA), sewaan gerai pasar di kaunter-kaunter yang disediakan. – Bernama

 

Related Articles