19
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan Datuk Syed Mudzaffar Syed Zainal Abidin, 64, ditahan reman bermula semalam sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Syed Mudzaffar dari Negeri Sembilan ditahan di rumahnya di Bukit Jalil pada awal pagi semalam sebelum dia dibawa ke mahkamah majistret di Putrajaya pada pukul 10.30 pagi, memetik laporan Kosmo Online.
Selepas kira-kira sejam prosedur mendapat perintah tahanan reman selesai, Syed Mudzaffar dibawa keluar dari mahkamah oleh sepasukan anggota dan pegawai SPRM.