Datuk, bapa saudara ditahan kes cabul, rogol gadis 13 tahun

Kedua-dua suspek ditahan antara jam 7.30 hingga 11.30 malam selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa pada Ahad dan Isnin lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai datuk dan bapa saudara kepada mangsa yang juga pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di Batu Berendam di Melaka.

Beliau berkata, ibu mangsa mendakwa anak perempuannya itu dirogol bapa saudaranya sejak Ogos lalu, manakala dicabul datuknya sejak bulan lalu.

“Ibu mangsa juga mendakwa, anaknya itu tinggal bersama kedua-dua suspek dan neneknya.

“Datuk mangsa pula dikatakan sering menunjukkan rakaman video lucah di telefon bimbit kepada cucunya itu, selain kejadian cabul dan rogol berulang kali membabitkan kedua-dua suspek,” katanya ketika, memetik laporan BH Online.

Difahamkan, ibu dan bapa mangsa tinggal secara berasingan. Ramli berkata, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bermula Selasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.

Terdahulu, EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Wira Md Yunos Husin ketika ditemui, berkata beliau dimaklumkan kejadian itu oleh pihak sekolah selepas pelajar berkenaan menunjukkan perubahan tingkah laku.

“Pelajar perempuan itu kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan pada masa sama, saya minta polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap suspek,” katanya.

Related Articles