Datuk Bandar London mahu ‘ajar’ Donald Trump

Khan menolak tanggapan bahawa Islam adalah tidak sesuai dengan nilai Barat moden dan menyifatkan pandangan jahil Trump terhadap agama tersebut telah meletakkannya ke dalam tangan pelampau.

“Saya mahu Donald Trump datang ke London supaya saya boleh memperkenalkan diri saya kepadanya sebagai seorang beragama Islam yang begitu selesa dengan nilai liberal Barat.

“Malah, saya juga ingin memperkenalkan beliau dengan ribuan atau jutaan umat Islam negara ini yang gembira menjadi rakyat Britain dan orang Barat. Saya mahu didik Trump dan tunjukkan kepadanya bahawa anda boleh menjadi Islam dan Barat dalam masa yang sama,” katanya.

Disember lalu, Trump menggesa larangan penuh ke atas umat Islam yang ingin memasuki AS selepas insiden tembakan maut di San Bernardino, California, disyaki dilakukan kumpulan militan IS. – Press TV

Related Articles