Dapur kantin fakulti UiTM terbakar

Insiden itu sekaligus mencetuskan kekecohan di kalangan penuntut dan pensyarah di fakulti tersebut.

Insiden yang berlaku pada 8 pagi itu difahamkan berpunca daripada getah paip gas memasak yang bocor.

Api bagaimanapun tidak sempat merebak selepas sistem percikan air mencegah kebakaran berfungsi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kebakaran bermula di gerai menjual kuih-muih dan api berjaya dikawal selepas anggota bomba tiba 13 minit kemudian.

“Gerai berkenaan terbakar 50 peratus dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

“Jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.

Related Articles