DAP tidak minat tanding di Sungai Besar, Kuala Kangsar

Lim sebaliknya berkata, ia merupakan keputusan DAP buat masa ini namun ia hanya akan diputuskan selepas Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan kelak.

“Masih terlalu awal untuk saya cakap hal ini (PRK), jauh lagi PRK. Namun buat masa ini, apa yang saya boleh katakan, DAP tidak berminat untuk bertanding di kedua-dua kawasan itu.

“Mengenai calon Pakatan Harapan, kita belum putuskan lagi. Apa-apa pun, kita tunggu selepas mesyuarat kelak. Perkara ini kena bincang, baru ada semangat setia kawan. Saya tidak boleh buat keputusan sekarang.

“Bagi saya, pandangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu diambil kira kerana kawasan itu di negerinya. Tidak wajar jika tanya saya sahaja. Saya bagi laluan kepada beliau dulu dan saya merasakan tindakan saya itu adalah wajar dan betul. Saya harap jangan ada pihak yang buat spekulasi kerana ia terlalu awal untuk diperkatakan,” katanya kepada pemberita di Georgetown, pada Sabtu.

DAP juga sebelum ini menyatakan hanya akan menyokong calon dari Pakatan Harapan.

Related Articles