DAP teliti penukaran nama Parlimen dan DUN oleh SPR – Sivanesan

“Hanya nama kerusi kawasan sahaja diubah, tetapi nama rakyat sebagai pengundi akan kekal di kawasan undi asal seperti yang didaftarkan sebelum ini, dan tidak akan berubah.

“Lagipun jumlah kerusi secara keseluruhannya masih kekal tanpa perubahan, seperti yang dijelaskan SPR,” kata ADUN Sungkai, A. Sivanesan.

Sivanesan meminta SPR supaya harus bertindak bebas tanpa berat sebelah terhadap mana-mana pihak dalam soal ini.

“Kami tegas supaya mana-mana pengundi yang berdaftar sebagai pengundi tidak ditukar kawasan mengundi tetapi maklumat yang kami terima berkaitan hal ini adalah bertentangan dengan apa yang SPR sedang lakukan.

“Sekiranya sebarang tindakan mengubah kawasan mengundi pendaftar pemilih berlaku, ia satu penderhakaan besar kepada demokrasi pilihan raya negara.

“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas SPR jika berlaku sebarang salah laku,” tegas Sivanesan. – Malaysia Nanban

Related Articles