DAP Segambut puji ‘kegigihan’ Jamal Yunos

“Kegigihan Jamal mencari publisiti wajar dipuji,” kata Lim sambil turut menempelak Jamal yang didakwanya cemburu dengan layanan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap pengusaha gerai ‘Nasi Lemak Anak Dara’.

“Saya ingin ingatkan Jamal bahawa resort tersebut adalah sebuah perusahaan tidak sah di sisi undang-undang. Beliau sebagai pemiliknya telah melanggar arahan pihak berkuasa tempatan berkali-kali.

“Berbeza dengan Siti Hajjar yang menerima borang permohonan lesen niaga ketika lawatan menteri besar ke gerainya dan kelulusan diberikan setelah mematuhi syarat-syarat yang dikenakan,” katanya.

Kira-kira tiga bulan yang lalu, selepas disaman peguatkuasa negeri, pengusaha gerai ‘Nasi Lemak Anak Dara’, Siti Hajjar Ahmad menerima kunjungan menteri besar Selangor.

Azmin sendiri datang menyerahkan borang permohonan lesen penjaja kepada gadis 24 tahun yang menjadi sensasi Internet kerana kecekalannya mencari rezeki itu.

Media rasmi kerajaan negeri melaporkan kunjungan Azmin sebagai tanda sokongan kepada Siti Hajjar yang gigih meniaga bagi menampung kehidupan selepas tamat belajar di universiti.

Sebelum itu, beliau dilaporkan dikenakan kompaun RM2,000 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). –Makkal Osai

Related Articles