DAP saran kerajaan wujudkan subsidi diesel dan petrol

Malah, ada yang mendakwa ekoran Raya Umum ke-14 diramal akan diadakan pada tahun ini memberikan tiket kepada parti memerintah Barisan Nasional (BN) untuk menaikkan harga petrol dan diesel.

Ahli Parlimen DAP-Bandar Kuching mendakwa, tindakan tersebut menunjukkan tahap keyakinan tinggi BN untuk menang semula PRU akan datang.

Chong Sen Jen mendakwa PRN di Sarawak pada tahun lalu menunjukkan BN menang 72 daripaada 82 kerusi DUN.

“Ia memberi mesej jelas BN yakin boleh menang pada PRU akan datang dan begitu juga untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Najib menaikkan harga minyak dengan menuding jari ke atas kenaikan harga minyak dunia.

“Jika harga minyak dunia meningkat maka pendapatan hasil minyak juga seharusnya bertambah.

“Kerajaan boleh menggunakan sebahagian wang itu semasa nilai ringgit agak goyah ini untuk memberi subsidi khas untuk petrol dan diesel sebagai mengurangkan beban rakyat miskin.” – Malaysia Nanban

Related Articles