Keputusan Guan Eng itu memperlihatkan beliau akan keseorangan tanpa sebarang isu sandaran yang akan digunakannya dalam menghadapi pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya dalam urusan jual beli seunit rumah banglo.
Namun begitu, ia juga menunjukkan seperti Azmin kini mempunyai kuasa yang besar dalam Pakatan Harapan sedangkan hakikatnya mereka sebenarnya bertelagah sesama sendiri dengan Parti Amanah Negara (PAN), cuba mengelakkan diri daripada terjerumus dalam perang saudara antara pemimpin DAP dan PKR yang tercetus susulan idea PRN itu dilontar.
Tindakan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut ini telah mendedahkan dasar parti itu yang hanya mahu pemimpin kaum Cina menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang sedangkan timbalannya terdiri daripada Melayu dan India yang berpotensi menggantikan Guan Eng buat sementara waktu.
Kaum India di sekitar Pulau Pinang juga amat gembira apabila ada propaganda yang mengatakan P. Ramasamy akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang akan datang dan mengharapakan DAP menjadikan perkhabaran tersebut satu realiti.
Namun begitu, perlu diingatkan agar Azmin kini perlu lebih berhati-hati dalam percaturan politiknya lebih-lebih lagi apabila melibatkan DAP kerana sudah pasti parti itu tidak akan berdiam diri daripada membalas dendam terhadapnya jika berpeluang.
Azmin adalah pemimpin yang berkeras menolak cadangan DAP mengadakan “snap election” itu kerana khuatir PKR gagal mempertahankan kerusinya di Pulau Pinang seperti mana PRU13.
Keputusan mengadakan PRN Pulau Pinang juga dijangka bakal mengakibatkan PKR kehilangan beberapa kerusi ekoran prestasi semasa parti itu yang semakin lemah.
Azmin bagaimanapun boleh bertenang memandangkan Guan Eng tidak mempunyai perancangan khusus untuk mengalih perhatian umum terhadap perbicaraan kesnya yang dijadualkan pada September.