DAP cabar Adenan sekat pengundi bukan rakyat Sarawak

Beliau berkata, langkah itu akan menjadi perkara pertama bagi mengembalikan autonomi Sarawak daripada kerajaan Persekutuan.

“Beliau (Adenan) banyak bercakap tentang untuk mengambil semula autonomi negeri. Jadi saya menggesa beliau dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyekat anggota tentera dan polis dari semenanjung serta keluarga mereka daripada mengundi di Sarawak,” katanya, dalam satu sidang media di Kuching, pada Isnin.

“Mereka tidak sepatutnya mengundi di sini. Di kawasan saya Kota Sentosa sahaja, pengundi tentera telah meningkat seramai 400 kepada 3,300 orang,” katanya, memetik laporan portal mStar.

Ching berkata, daripada jumlah itu, 80 peratus adalah rakyat Malaysia dari semenanjung,” katanya, dan menambah, bagi kawasan seperti Stakan, terdapat lebih daripada 47 peratus pengundi semenanjung.

Related Articles