DAP bidas syor larangan kapcai masuk Kuala Lumpur

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, rakyat tidak akan memilih untuk menunggang kapcai sekiranya ada pilihan yang lebih baik.

Semalam, Datuk Seri Tengku Adnan berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan melarang penggunaan motosikal kapcai di kawasan Kuala Lumpur, tetapi mengakui pelaksanaan itu ada kaitan dengan kemudahan pengangkutan awam.

Ketika mengulas kenyataan Tengku Adnan, Lim berkata cadang melarang penggunaan kapcai di Kuala Lumpur membuktikan bahawa mereka sebenarnya pembuat dasar yang ‘pemalas’.

Lim berkata Kuala Lumpur masih belum boleh disamakan dengan bandar raya besar lain.

“Kita akan melihat kemungkinan melarang motor ‘kapcai’ masuk ke kotaraya apabila pengangkutan awam yang murah boleh didapati,” katanya.

Cadangan itu mendapat bantahan serta merta PKR. -Makkal Osai

Related Articles