Dana Soros diragui

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pembabitan Soros dalam penyaluran dana kepada badan bukan kerajaan (NGO) berkepentingan politik perlu diambil serius.

Katanya, pendedahan yang dibuat oleh portal antarabangsa, DC Leaks berhubung dana berkenaan terhadap NGO di negara ini juga harus dikhuatiri kerana menunjukkan adanya campur tangan asing yang meragukan.

“Justeru, keadaan ini menunjukkan keperluan dan justifikasi berkaitan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan politik (PDEA) perlu diwujudkan dengan segera.

“Saya berpendapat PDEA boleh diperluaskan kepada NGO berkepentingan politik yang menyalahgunakan dana mereka.

“Kita bimbang apabila campur tangan asing tanpa sebarang sekatan ini akan membawa kepada agenda tertentu yang boleh merosakkan negara,” katanya.

Related Articles