Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah wang dan wanita di dalam kerajaan negeri yang diterajui parti itu.
Perkara ini menjadi tanda tanya sama ada Naib Presiden PKR itu benar-benar serius untuk mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri.
Rafizi yang terkenal dengan pendedahan-pendedahan eksklusif sebelum ini kebiasaanya akan mendedahkan segala dokumen atau bukti terlebih dahulu bagi membuktikan dakwaannya itu sebelum membuat sebarang laporan.
Sebaliknya, Rafizi yang ditemani oleh Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dan ahli Parlimen Kapar, G Manivannan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya tidak berbuat demikian.
Malah, Rafizi meminta supaya semua pihak tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan.
Biro politik PKR sebelum ini mengarahkan Rafizi supaya membuat laporan dan mengemukakan bukti kepada SPRM.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai kempen memburuk-burukkan.