Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, keputusan itu dibuat oleh Jabatan Peguam Negara beberapa hari lalu.
Phang sebelum ini dituduh membuat akuan berkanun palsu apabila beliau mendakwa tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Kes itu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut,” kata Ghafar selepas sebuah acara polis di George Town hari ini.
Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Phang berikut akuan berkanun beliau yang dibacakan oleh exco Pulau Pinang Phee Boon Poh.
Phee, ADUN Sungai Puyu, adalah sepupu jauh Phang.
Phang didakwa menjual banglo di Jalan Pinhorn kepada Lim pada harga RM2.5 juta, yang didakwa di bawah harga pasaran.
Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP menafikan sebarang salah laku dan berkata rumah itu dibeli pada asas persetujuan penjual dan pembeli yang sanggup.