Daim, Toblerone tiada sijil halal diiktiraf JAKIM

Bahagian Hab Halal JAKIM dalam kenyataan hari ini memberitahu, coklat jenama berkenaan bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.

“Jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yg diiktiraf oleh JAKIM.

“Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim boleh layari www.halal.gov.my,” demikian kenyataan melalui status terbaharu di akaun Facebook Bahagian Hab Halal Jakim pada Jumaat.

Menurut bahagian itu, sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/.

Related Articles