Daesh sasar Asia Tenggara

Pemangku Penyelaras Antikeganasan di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Justin Siberell berkata, Daesh mahu berbuat demikian selepas berjaya membentuk kerjasama dengan kumpulan militan lain di Mesir, Libya dan Nigeria.

“Mengikut pemerhatian saya, Daesh mahu mengadakan pakatan dengan kumpulan-kumpulan pengganas sedia ada di rantau Asia Tenggara.

“Kita juga maklum dengan ikrar taat setia yang dibuat beberapa kumpulan militan kepada Daesh. Kita memandang serius ancaman dari pakatan-pakatan baharu Daesh dan akan meneruskan kerjasama dengan negara-negara terlibat,” katanya pada satu sidang video dari Washington kepada sekumpulan wartawan di sini. – AFP

Related Articles