17
Ketua Polis negeri, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata, hanya pegawai dan anggota yang berkursus atau cuti kecemasan sahaja dikecualikan daripada operasi banjir.
“Kita akan menggerakkan pegawai dan anggota bersama aset sedia ada untuk membantu mangsa banjir di negeri ini dengan kerjasama agensi lain.
“Mana-mana pegawai dan anggota bercuti kita sudah panggil mereka pulang serta merta kecuali yang berkursus dan cuti kecemasan.
“Setakat ini jumlah pegawai dan anggota sedia ada masih mencukupi,” katanya ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2, pada Isnin.
Beliau turut melawat Balai Polis Rantau Panjang yang ditenggelami banjir sehingga 0.5 meter.