Cukuplah peralatkan Tun Mahathir

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata kebencian Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah disebabkan penyokong yang kuat mencucuk jarum kebencian.

Mustapha berkata, masa Tun Mahathir terbuang kerana terpaksa melayan kehendak penyokongnya yang ingin mencapai kepentingan peribadi.

“Nasihat saya kepada penyokong Tun M, berhentilah memperalatkan beliau untuk mencari kepuasan melepaskan benci kepada Najib.

“Kasihan Tun M, masanya terbuang kerana karenah penyokong yang emosional dan tidak rasional,” katanya.

Mustapha berkata, pada usia Tun Mahathir kini, beliau seharusnya lebih banyak memberi tumpuan kepada keluarga dan beribadat.

Oleh itu, penyokong Tun Mahathir perlu faham dan tidak lagi menjadikannya sebagai alat selain sudah cukup 22 tahun beliau memimpin negara.

“Biarlah Tun M menumpukan masanya kepada keluarganya. Dalam usianya yang sudah lanjut, biar lah dia hidup tenang dan damai tanpa gangguan.

Related Articles