Cubaan rasuah polis bawa dua penjawat awam ke SPRM

Kedua-dua mereka telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah melakukan cubaan memberi rasuah kepada anggota polis dalam satu operasi khas membanteras aktiviti judi haram dengan jumlah berkenaan.

Perkara berkenaan disahkan Pengarah SPRM Melaka, Datuk Azmi Alias melalui satu kenyataan yang diedarkan.

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Mereka kini dibawah tahanan SPRM Melaka untuk tindakan lanjut,” ‎katanya.

Sementara itu, dalam operasi semalam sebanyak antara barangan yang dirampas pihak berkuasa adalah 74 komputer, empat modem, dua monitor CCTV, satu unit rekoder CCTV dan wang tunai berjumlah RM213.

“Dalam operasi Dadu semalam serbuan ke atas premis perjudian berjaya menahan 16 orang yang sedang leka berjudi.

“Turut ditahan seorang pendatang tanpa izin warga Bangladesh yang menjadi penjaga premis,” katanya lagi.

Related Articles