Cuba Culik Bayi 19 Bulan, Dua Warga Asing Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 19 bulan di sebuah pasar raya di Klang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao ketika berlaku pada jam 7.30 malam ketika kanak-kanak itu bersama ibu dan ibu saudaranya senang menaiki eskalator di pasar raya berkenaan.

“Dua warga asing datang dari arah belakang dan salah seorang suspek tiba-tiba mengangkat kanak-kanak itu menyebabkan ibunya menjerit dan menarik semula anaknya.“Dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap orang awam yang berada di pasar raya itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dua lelaki warga asing itu kemudiannya diserahkan kepada polis.

“Kedua-dua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda,” katanya.

Vijaya juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu untuk menghubungi IPD Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Polis juga menyeru orang awam supaya sentiasa berwaspada terhadap kawasan sekeliling bagi mengelak kejadian seperti ini berulang,” katanya.

Related Articles