CT hanya nampak tuala Jamal, tak nampak mesejnya

Seperti pada 21 Disember lalu, dimana seorang penyanyi popular telah ‘repost’ sebuah gambar dari rakan artisnya yang pada hemat dirinya mungkin cukup menyakitkan mata apabila dilihat.

Penyanyi yang lebih dikenali sebagai Datuk CT itu bertindak mengecam tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang tampil di pintu pagar Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dengan bertuala kerana ingin menumpang mandi.

Tidaklah bodoh sangat Jamal sehingga tiada kewarasan akal untuk sengaja berbuat demikian, sebaliknya pemimpin kawasan Sungai Besar, Selangor berkenaan bertindak sedemikian sebagai simbolik protesnya terhadap kerajaan Pakatan Harapan Selangor yang masih belum mampu menyelesaikan permasalahan air di negeri termaju di Malaysia itu.

Tiba-tiba, Datuk CT itu pula mengecam cara Jamal membuat protes di laman media sosial Instagram miliknya dengan kata-kata sindirian : “Jangan jadi macam jamal ye..” dan disertai beberapa ‘hashtag’ yang berbaur perlian yang cukup keji.

Sedangkan mesej yang cuba di sampaikan Jamal (kegagalan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah air negeri itu), gagal dilihat Datuk CT. Sememangnya ini bukanlah satu yang memeranjatkan, melihat kepada tahap pendidikan nya yang tidak begitu tinggi tapi hanya pandai menyanyi.

Sungguhpun, bak kata orang, khinzir pun ada otak, takkanlah manusia lebih hina dari khinzir dengan tidak menggunakan otak? Mesej Jamal sangat mudah ditafsirkan tapi entah kenapa Dato CT hanya nampak bahagian Jamal bertuala itu saja.

Walaupun dia seorang ‘public figure’ yang diminati ramai, namun reaksi Datuk CT yang dilihat mahu mempolitikkan isu berkenaan telah menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial dan rakyat Selangor yang terjejas dengan ketiadaan air ini. Majoriti tampil merasakan tidak senang mereka kepada Datuk CT yang bukan sahaja dilihat begitu buruk apabila memberi komen tentang isu politik, malah bagi gagal memahami mesej yang cuba disampaikan Jamal.

Bagi mereka, Datuk CT yang telah bergelar jutawan mungkin tidak sampai ke tahap perlu beratur untuk mendapatkan air, atau paling tidak ‘check-in’ hotel lima bintang milik suaminya, tapi bagi rakyat kebanyakan yang masih ‘diseksa’ dengan isu air ini, simbolik Jamal itu amat bertepatan dengan kehendak mereka memberi tekanan buat kepimpinan Kerajaan negeri.

Dalam soal ini, kenapa tidak Datuk CT yang nampaknya lebih terkasima mahu menyokong pihak Pakatan Harapan yang dikuasai DAP itu memegang kata-kata dan pesanan dari Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah? Menurut Maria, apabila seseorang itu marah, mereka akan menunjukkan cara yang berbeza.

“Ia bukan mengenai berdiam diri. Orang melakukan pelbagai perkara tetapi tidak berbahaya. Ia tidak membawa keganasan fizikal kepada sesiapa jua. Bagi saya, ia bukan tentang berdiam diri, ia mengenai membenarkan ruang untuk rakyat menyatakan kemarahan. Itu lebih penting daripada menjadikannya suatu jenayah,” kata Maria pada 19 Oktober 2016 di Kuala Lumpur.

Jadi, salahkah Jamal menzahirkan kemarahannya bagi mewakili kira-kira 19.9 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia (peratusan jumlah rakyat Selangor dari Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016) itu, melalui simbolik yang beliau lakukan di hadapan pintu masuk SUK?

Soalnya sekarang, kenapa Datuk CT hanya ‘terliur’ memandang susuk tubuh Jamal disebalik tuala yang di pakai nya, berbanding melihat kepada mesej jelas yang cuba disampaikan untuk perhatian Kerajaan Pakatan Harapan Selangor?

 

Dipetik dari Facebook Beruang Biru

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial SmasaNews.com

Related Articles