China ambil alih kekuatan AS

by SM Amin

Dilaporkan bahawa jurucakap pejabat PM memberitahu wartawan BBC Asia Tenggara, Jonathan Head bahawa Najib dan Trump adalah rakan permainan golf dan di mejanya ada gambar mereka berdua malah Trump juga menurunkan tandatangannya padanya.

Tidak mengejutkan ibarat katak di bawah tempurung, rakyat yang tiada langsung jiwa politik antarabangsa hanya ada Najib dan RM2.6 bilion, perkara pertama yang menjadi kritikan mereka ialah merujuk kepada hujah Trump yang akan melarang Islam daripada memasuki AS. Rakyat yang tidak mempunyai perspektif politik antarabangsa, akhirnya hanya boleh berhujah mengenai perkara ini, jauh sekali tahap perbezaan hujah mereka dengan netizen antarabangsa.

PM, Najib berkata “Trump terpilih sebagai Presiden AS telah membuktikan hujah dan ramalan media berhubung pilihan raya presiden AS serta ramalan pakar analisis semuanya telah terbalik dengan hasil keputusan”. Najib menggambarkan bahawa kemenangan Trump telah menunjukkan ahli-ahli politik tidak boleh memandang rendah kepada kuasa pengundi.

Keputusan pilihan raya Presiden AS kali ini membuktikan kuasa pengundi adalah sukar untuk difahami dan dipegang. Ia bersifat senyap dan pada masa sama menolak bersekongkol dengan kumpulan yang suka membuat kekacauan. Bukan seperti rangkaian media sosial negara yang hanya bergantung kepada jumlah “Like”, dan rakyat yang “syok sendiri” tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi.

Baru-baru ini dalam lawatan PM ke China, beliau telah menjayakan pencapaian yang besar dalam aspek kebudayaan, pendidikan, keselamatan dan pertahanan, politik serta ekonomi Malaysia, sambil mendorong kerjasama kedua-dua buah negara pada ketika negara Malaysia berdepan dengan masalah ekonomi. Dalam negara pula, pembangkang tetap mengkritik PM malah ada juga yang menukar wajah YDPA yang pertama pada duit siling kepada muka Mao Zhe Tong.

Begitu juga pemimpin-pemimpin PH menuduh Najib “menggadaikan” negara, menjadikan Malaysia sebagai tanah jajahan China. Kali ini pula, Najib mengucapkan tahniah kepada kemenangan Trump dalam pilihan raya Presiden AS dan mengharapkan persahabatan diteruskan dengan Trump dan juga mencari peluang untuk berjumpa dengan Trump secepat mungkin. Selepas pembangkang mendengar reaksi ini, pasti Red Bean Army terpaksa mencipta satu lagi hujah baharu atau menukar pula muka wang kertas RM kepada muka Trump.

Najib pernah menegaskan bahawa bermula tahun 2014, AS dan Malaysia telah meningkatkan kerjasama secara menyeluruh, lebih-lebih lagi dalam usaha membanteras keganasan dan ekstremis global. Dalam ucapan tahniah Najib juga ada menyentuh bahawa kemenangan Trump adalah kerana sasaran beliau bertepatan iaitu mengambil berat terhadap golongan kurang bernasib baik dan lemah dalam negara agar kumpulan ini memperoleh kembali kepentingan dan kebajikan mereka. Selain itu, keputusan Trump untuk mengurangkan campur tangan hal ehwal luar daripada AS juga salah satu galakan yang akhirnya membawa beliau menjejak kaki ke White House.

Pakar ekonomi, Profesor Eeswar Prasad dari Universiti Cornell pernah berkata, jika AS secara sukarela menarik diri daripada pasaran global, China akan menjadi pilihan yang pertama dalam pasaran. Sebenarnya beberapa minggu yang lalu, perjalanan Presiden China, Xi Jingping jelas memperlihatkan bahawa pengambilalihan kuasa oleh China daripada AS sedang berlangsung. – Sin Chew Jit Poh

Related Articles