CEO pertama Penerbangan Malaysia Berhad letak jawatan

Menurut kenyataan rasmi MAB (dahulunya dikenali sebagai MAS), perletakan jawatan Mueller adalah atas permintaan beliau walaupun kontrak tiga tahunnya yang bermula 1 Mei 2015 masih berbaki.

Mueller, bagaimanapun akan berkhidmat sehingga September ini bagi menghabiskan tempoh enam bulan notis berhenti.

Pengerusi MAB, Tan Sri Md Nor Yusof berkata pihaknya merasa kecewa diatas perletakan jawatan Mueller.

“Bagaimanapun, pihak kami berbangga diatas pencapaian beliau sepanjang berkhidmat seperti semasa penstrukturan MAS menjadi MAB pada tahun lalu,”kata Md Nor yang dipetik melalui kenyataan itu.

Muller menyertai pengurusan MAS pada 1 Januari 2015 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif sebelum dilantik menjadi CEO dan Pengarah Urusan pada 1 Mei 2015.

Related Articles