Cari bapa hilang untuk wali pernikahan

Kartika, 20, yang bekerja sebagai pekerja am di sebuah sekolah di Tebrau, Johor Baharu mencari Madani Makbul, 50-an seorang warga Indonesia yang dikatakan menghilangkan diri ketika beliau berusia empat tahun.

Ibu saya Sutayah Saini (49 tahun) hanya memaklumkan bahawa ayah saya keluar rumah untuk bekerja dan sehingga sekarang tidak pulang dan gagal dihubungi.

“Usaha menjejaki ayah sudah menemui jalan buntu,” katanya.

Beliau yang kini menetap di Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi meminta mereka yang mengenali bapanya agar menghubungi ibunya di talian 019-707 4864 atau kakaknya Salmah Anwar di talian 013-787 6825. –mStar

Related Articles