Difahamkan Barisan Nasional sedang mempertimbangkan untuk memberikan kerusi itu kepada salah sebuah parti India yang mesra BN iaitu IPF atau Makkal Sakthi menjelang Pilihan Raya Umum-14.
Jika dahulu MIC menang kesemua kerusi Parlimen yang ditandingi, tetapi sejak tahun 2008 dan 2013 menyaksikan mengalami kekalahan terburuk.
Ia dikatakan telah menyebabkan BN telah hilang keyakinan ke atas MIC menjelang PRU akan datang.
Pada masa yang sama, masalah dalaman parti yang sedang melanda MIC dengan menyaksikan wujudnya dua puak mencetuskan persoalan sama ada parti itu mengekalkan kerusi sedia ada.
Pada PRU lepas, Palanivel sebagai Presiden MIC ketika itu telah memenangi kerusi di Cameron Highland dengan majoriti 462 undi sahaja.
Selepas dipecat dari parti, beliau berperanan sebagai wakil rakyat bebas di Cameron Highlands.
Ramalan semakin kuat mengatakan MIC yang kebiasaaanya mendapat 9 kerusi Parlimen dijangkakan hanya akan memegang lima atau enam kerusi Parlimen sahaja pada PRU kali ini yang dijangkakan selewat-lewatnya Mei 2017.
Manakala parti India yang mesra BN dikatakan akan diberi sebuah kerusi Parlimen dan ia dikaitkan dengan kerusi Parlimen Cameron Highlands.
Oleh kerana majoriti undi yang diperolehi MIC di Cameron Highlans sangat sedikit, maka adalah meragukan MIC akan dikekalkan kerusi itu menjelang PRU kali ini.
Susulan daripada itu, dikatakan pergerakan pemimpin parti India yang mesra BN di Cameron Highlands dikatakan semakin giat sejak akhir-akhir ini. – Malaysia Nanban