Calon DAP, Aziz kuat ‘berangan’, kata Adenan

by SM Amin

Adenan menyifatkan kenyataan Aziz itu seperti mimpi yang sukar dicapai oleh seseorang yang baru sahaja mula melibatkan diri dalam politik terutamanya di Sarawak.

“Saya menunggu selama 42 tahun untuk menjadi ketua menteri.

“Sebelum itu saya adalah seorang wakil rakyat, menteri negeri, ahli Parlimen dan juga menteri persekutuan,” katanya di program Kedayan Makan Taun, iaitu keramaian tahunan di Kampung Jambu di Bungai, Bekenu di sini.

Adenan secara berseloroh minta Aziz diberi balasan kerana tidak hormat dengan orang tua.

“Sak nya tulah,” kata Adenan dalam bahasa Iban yang bermaksud ‘biarlah dia dikutuk’ kerana tidak menghormati orang yang lebih tua.


Related Articles