Cadangan kawal selia dana politik untungkan BN – Pembangkang

Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Guan berkata 32 cadangan yang dikemukakan JKNMPP pada 30 September lalu menerusi Presidennya, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan itu, dikhuatiri boleh membawa masalah kepada ahli dan parti politik.

“Jika akta itu diluluskan ia hanya akan menguntungkan BN, bukan parti politik secara keseluruhannya di negara ini.

“Tidak ada masalah jika mahu melaksanakannya, tetapi perlu memastikan ia adil untuk semua parti, tanpa berat sebelah,” tegasnya lagi.

Beliau juga menegaskan kerajaan tidak perlu terburu-buru dalam melaksanakan akta itu. Pembangkang menentang cadangan akta itu kerana risau akan kehilangan sokongan syarikat perniagaan dan penyalahgunaan kuasa oleh orang bertanggungjawab. – Malaysia Nanban

Related Articles