Cadangan gantung sekolah setahun untuk pembuli terlalu lama – Lee Lam Thye

Beliau sebaliknya mencadangkan tempoh penggantungan lebih pendek iaitu sekitar tiga bulan.

“Dalam masa (penggantungan) setahun ini apa yang akan berlaku kepada pelajar berkenaan? Siapa yang akan bertanggungjawab menjaga mereka?

“Saya rasa hal ini tentu akan menyusahkan ibu bapa serta mendatangkan implikasi kepada pelbagai pihak lain termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas cadangan itu yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini yang berkata tindakan tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar yang membuli. – Bernama

Related Articles