Bunuh 4 lelaki, 2 warga Myanmar direman

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Kamal Razim Alias di Mahkamah Majistret di Kota Bharu.

Memetik laporan BH Online, kedua-dua suspek berusia 19 dan 26 tahun ditahan dalam operasi dijalankan di Kota Bharu, malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan, empat mayat lelaki warga Myanmar ditemui bergelimpangan di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok, jam 6.35 petang Ahad lalu dalam keadaan berulat, selain kesan tikaman di badan.

Mayat mangsa ditemui penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan dan polis mengesahkan mangsa dibunuh akibat krisis agama di negara mereka di Myanmar.

Semua mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain dengan kepala ditekup menggunakan plastik dan ditikam di perut serta dada, sebelum mayat mangsa dicampak ke lokasi berkenaan.

Related Articles