Bumbung jatuh di SJKT Karak hari pertama sekolah

Insiden itu difahamkan berlaku semasa cuti persekolahan lalu, tetapi didakwa ibu bapa yang melaporkan kejadian itu, ia tidak dibaiki dan dibiarkan begitu tanpa tindakan segera.

“Bayangkan jika insiden itu berlaku sewaktu sesi persekolahan, sudah pasti murid akan cedera, kenapa pihak berkaitan masih tidak mengambil tindakan membaikinya,” bidas beliau lagi.

Beliau telah mendapatkan penjelasan daripada guru besar sekolah itu sebelum diberi penjelasan kononnya segala aduan telah dikemukakan kepada PIBG dan pihak terlibat.

“Apakah selesai sekadar kemukakan aduan, apa langkah alternatif menjaga keseamatan murid sepanjang sesi persekolahan, apa jaminan ia tidak akan mencederakan murid.

“Sekiranya bumbung jatuh lagi apakah jaminan kepada nyawa murid dan kakitangan sekolah lain. KPM seharusnya bertindak serius dalam insiden ini, sebelum sesuatu berlaku kepada keselamatan murid,” tegasnya lagi.

Tambahnya tinjauan mendapati, bumbung di dalam sekolah berisiko jatuh pada bila bila masa jika hujan turun sekali lagi. – Malaysia Nanban

Related Articles