26
Shafie yang hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) pagi Khamis berkata kehadirannya di pejabat itu bertujuan memuktamadkan beberapa perkara berhubung perubahan yang dilakukan ke atas parti berkenaan.
“Bukan pendaftaran parti, tetapi parti ini sudah didaftarkan sebenarnya cuma ada perubahan dari segi namanya dan beberapa kandungan untuk kita selaraskan bagi memenuhi perjuangan kita.
“Saya serahkan kepada RoS, tetapi saya yakin kita telah mematuhi segala kehendak dan peraturan untuk proses ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan selama lebih dua jam dengan pihak RoS, di Putrajaya, pagi Khamis, memetik laporan mStar Online.