Bukan trend BN letak balu calon pilihan raya

“Kami menjalankan kajian dan dapati si isteri yang dicadang bertanding mempertahankan kerusi yang ditinggalkan arwah suami menerima sokongan kuat daripada akar umbi.

“Justeru, tidak semestinya hanya isteri yang patut gantikan suami. Pilihan kami adalah berdasarkan sokongan akar umbi dan peluang untuk menang,” katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menyertai barisan pemimpin BN Sarawak mengiringi calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu, ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Lundu di Sarawak.

Turut serta Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta beberapa menteri persekutuan dan anggota Kabinet negeri.

Katanya, beliau yakin Jamilah, 61, akan mempertahankan kerusi tersebut untuk BN sekalipun dicabar oleh dua lagi calon.

“Beliau boleh teruskan legasi cemerlang suaminya, Allahyarham Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

“Kami juga yakin pengundi akan terus menyokong BN dan barisan kepimpinan baharu negeri di bawah Abang Johari,” katanya. –Tamil Malar

Related Articles