Budiman, Mastura angkat sumpah Ahli Parlimen

by SM Amin

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dan ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid kedua-duannya dari Barisan Nasional mengangkat sumpah di hadapan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat sebaik sidang bermula.

Budiman sah bergelar ahli Parlimen Sungai Besar yang baru selepas menewaskan calon PAS, Dr. Rani dan calon Amanah, Azhar Syukor dengan majoriti 9,191 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada Jun lalu.

PRK diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak pada April lalu.

Kehadiran kedua-dua ahli Parlimen baru itu tidak mengubah kedudukan kerusi di Dewan Rakyat kerana kedua-dua parti bertanding berjaya mempertahankan kerusi masing-masing yang dimenangi sebelum itu.

https://www.youtube.com/watch?v=h_sdoXLCKCg

Related Articles