Budiman janji lantik pegawai kaum India

by SM Amin

Kata Budiman, pegawai tersebut akan menyelaraskan program-program untuk kaum India bagi memastikan kebajikan mereka dijaga.

“Bermula dari kecil, saya bertemu dengan pengundi India di Parlimen Sungai Besar. Walau pun jumlah pengundi kecil namun kebajikan mereka tetap saya perjuangkan.

“Menang PRK Sungai Besar, saya akan melantik Pegawai Kerja dari Kaum India untuk membantu menyelaras kebajikan dan program mereka,” katanya di laman sosial Facebook beliau.

Sementara itu, Ketua Pergerakan itu Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika berucap merasmikan Karnival Sukan BN dan Program Salam Pelancaran Jentera Bermotor Pemuda BN mahu jentera BN mendekati pengundi dari semua kaum dalam kempennya.

“Kita juga tidak boleh hanya bergantung kepada program rasmi yang ramai dihadiri penyokong kuat kita sahaja. Kita mesti jumpa pengundi…jangan harapkan pengundi jumpa kita, tambahkan program tinjauan mesra,” katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Related Articles