VIDEO: Budak parah terjatuh eskalator

Kejadian berlaku 6.30 petang ketika mangsa, 3, didukung bapanya di atas bahu sambil menaiki eskalator terbabit.

Mengikut siasatan awal, bapa kanak-kanak terbabit dikatakan menundukkan kepala menyebakan anaknya yang berada di atas bahu terjatuh dari ketinggian hampir tiga meter.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di zon merah Hospital Pulau Pinang.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit,” katanya memetik laporan Harian Metro.

https://www.youtube.com/watch?v=_D6opiVwAq8

Related Articles