16
Menurut Ketua Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim, dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu mangsa, Muhamad Adif Naufal Aswardi dipercayai dihanyutkan arus deras ke sungai setelah terjatuh dalam longkang berkenaan.
“Semasa kejadian berlaku, hujan lebat dan air longkang mengalir deras sehingga menghanyutkan mangsa ke dalam Sungai Charuk Kit dekat Sik.
“Mangsa ditemukan dalam sungai berkenaan dan disahkan meninggal dunia akibat lemas,” katanya pada Isnin.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah akan dikebumikan di Kuala Perlis Perlis hari ini, memetik Utusan Online.