KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak austisme ditemukan lemas di dalam sebuah tasik di Taman Aman, Seapark di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, berkata, mayat kanak-kanak itu telah ditemui oleh orang pemancing ikan yang sedang memancing di tasik tersebut.
“Difahamkan sebelum kejadian bapa mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park mengenai kehilangan anaknya itu sekitar jam 4 petang.
“Mayat mangsa yang ditemui ditengah tasik atau kolam tadahan banjir itu berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Terdahulu, tular mesej seorang wanita bernama Nur Hidayati yang membuat hantaran di dalam media sosial Facebook memohon bantuan orang ramai untuk mengesan anak lelakinya yang dipercayai hilang pada 4 petang semalam.
“Saya mohon bantuan. Anak saya umur 6 tahun hilang di Taman Aman, Petaling Jaya sekitar jam 4 tadi.
“Masih cari tak jumpa. Jika ada nampak mohon hubungi saya 013-405 9569 kerana anak saya autisme,” katanya. -MalaysiaGazette