Beliau kemudiannya meminta bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengeluarkan buaya tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Muhd Mirza Dzalmira Miraj mengesahkan perkara itu.
Jelasnya, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.48 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 3.05 petang.
Menurutnya, setibanya di tempat kejadian mereka mendapati buaya yang dianggarkan sepanjang lapan kaki itu telah masuk ke dalam stor pejabat kolam tersebut yang terletak di Desa Ilmu, Petra Jaya.
“Anggota kami mengambil mangsa kira-kira 30 minit untuk menangkap buaya tersebut menggunakan kaedah ikatan.
“Buaya tersebut yang berjaya ditangkap, disimpan di balai bomba dan akan diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN hari ini,” katanya.