Buaya 2 meter lintas pangsapuri gemparkan pelajar Unimas

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata pihaknya menerima laporan daripada penghuni Apartment Rafflesia mengenai penemuan itu pada kira-kira 10.26 malam.

Beliau berkata sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi.

“Bagaimanapun sebaik sahaja pasukan bomba sampai di tempat kejadian, buaya tersebut dilaporkan sudah tiada, dipercayai masuk semula ke dalam parit berhampiran apartmen itu,” katanya.

Farhan Sufyan berkata pihaknya sudah memaklumkan kes itu kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut. –Bernama

Related Articles