Buatlah perkara yang betul Azmin – Khalid Ibrahim

by SM Amin

Kata Abdul Khalid, sejak beliau meninggalkan kerusi panas Menteri Besar itu, beliau tidak melihat sebarang perubahan dasar-dasar kerajaan sebaliknya Azmin hanya meneruskan program-program yang diperkenalkannya dahulu.

“Sebaliknya, kita terpaksa menjadi penonton konflik politik memuncak serta dakwaan berleluasa amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dana awam.

“Saya menyeru kepada Menteri Besar untuk melakukan perkara yang betul, membuat keputusan yang akan melindungi kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya di laman sosial Facebook beliau.

Menurut Abdul Khalid, perkembangan politik semasa di Selangor memang membimbangkan dan tidak sedikit pun memberi manfaat kepada rakyatnya.

Jelasnya, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebelum ini kerana mahu mengelak sebarang gangguan terhadap pentadbiran dan pembangunan mampan kerajaan negeri Selangor.

“Saya tidak akan perdagangkan keadilan, kejujuran dan integriti rakyat Selangor untuk apa-apa sahaja walaupun ia boleh mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan dari bekas rakan-rakan parti saya dan rakan-Dewan Undangan Negeri,” ujarnya.

Related Articles